Cabaran Pendakwah Menyebarkan Islam

Cabaran Putus asa daripada Melakukan Kerja Islam

Cabaran terbesar yang dihadapi oleh pemuda Islam pada hari ini ialah cabaran kekecewaan daripada melakukan kerja Islam yang boleh membawa kepada keangungan dan juga kemenangan.

Apabila perasaan ini bersarang dalam hati umat Islam, bertapak di dalam jiwa para pemuda dan para mendakwah di jalan Allah, maka ia akan menjadi pembunuh dan melumpuhkan perjalanan kerja-kerja Islam, ia juga merupakan pembunuh kepada perasaan optimis kepada kemenangan, harapan untuk mendirikan keagungan Islam tidak akan kekal di dalam diri, dan tiada harapan untuk mengembalikan keangungan sejarah.

Empat faktor asasi ialah:

1. Pakatan jahat musuh Islam terhadap Islam.
2. Berbilang jemaah Islam dan permusuhan yang berlaku diantara sesama jemaah.
3.kegagalan gerakan jihad untuk mencapai kemenangan.
4. Berhujah dengan nas-nas yang menyeru kepada uzlah(mengasingkan diri tanpa menghiraukan hal masyarakat)

1.Pakatan jahat musuh Islam:-

"Apakah yang kita lakukan sedangkan kerajaan sekular tidak beragama di negara Islam bertindak jahat terhadap badan-badan Islam dan memburu para pendakwah Islam dengan kekerasan, pembunuhan, penagkapan dan memenjarakan mereka?"

Apakah yang kita lakukan dalam membuat perubahan sedangkan kuasa-kuasa dunia yang terdiri daripada komunis, sosialis, kapitalis, Zionis, Salibiah dan gerakan kristian merancang pakatan jahat terhadap negara-negara Islam dengan menggunakan kekuatan dan pengaruhnya, Ia mengawal bahan mentah dan menjadikan negara-negara Islam sebagai pasaran bagi hasil pengeluaran mereka, menjadikan negara-negara Islam sebagai pasaran bagi hasil pengeluaran mereka, menjadikan sebagai pintu ekonomi dan pengkalan-pengkalan tentera.



Apakah yang kita lakukan sedangkan agen-agen di dalam negara Islam yang terdiri daripada orang-orang barat, timur, para sosialis, para pekerja freemason, pendakwah kristian dan gerakan oreintalis tidak terhenti-henti siang dan malam serta tidak berdiam diri di dalam memerangi Islam dan umatnya, menimbulkan keraguan terhadap para ulama dan para keanggungan dan menyalakan api permusuhan di antara kumpulan dan jemaah Islam?

fikir-fikir dan renung-renungkanlah... Bagaimana negara Islam ditafsirkan dengan keadaan sekarang.

2. Berbilang jemaah dan perselisihan yang berlaku antara jemaah Islam.

orang-orang yang berputus asa daripada melakukan kerja Islam, malakukan perubahan politik dan mencapai kemenangan akan berkata :
Bagaimana umat Islam hendak mencapai kemenangan di dalam satu-satu negara sedangkan jemaah-jemaah Islam di dalamnya adalah banyak serta caranya di dalam mencapai matlamat adalah berlainan serta perselisihan berlaku di antara sesama mereka?

Satu jemaah bermatlamat pendidikan anak-anak buahnya supaya membersihkan diri,
satu jemaah lagi mementingkan pelajaran dan ilmu pengetahuan tanpa menghiraukan hal umat Islam yang lain
satu jemaah lain memahami Islam sebagai berdakwah kepada Allah di seluruh pelusuk bumi tanpa menghiraukan keadaan pahit yang menimpa negara Islam sendiri,
satu jemaah lagi tidak mengenali Islam kecuali bergerak di dalam bidang politik dan mengkritik pemerintah serta kerajaan, tanpa menghiraukan pengislahan Akhlak, persediaan tarbiah dan menyucikan diri.
satu jemaah kelompok yang lain adalah mendakwa dirinya malakukan jihad terhadap mazhabnya serta jahil terhadap tokoh-tokoh ulung di dalam ijtihad-ijtihad mazhab mereka dan aliran ilmu feqah.
satu jemaah ini taasub terhadap pendapatnya di dalam masalah akidah dan keterlaluan dalam masalah kafir-mengkafir orang.

kalau beginilah keadaan mereka, bagaimana akan terhasil persefahaman dan kesatuan antara kita sebagai satu umat?

kesudahannya tidak akan ada penghujung jika masing-masing punyai pendapat masing-masing, maka wujudkanlah antara kesefahaman antara sesaudara Islam. Ini bagi umat Islam akan dipandang oleh fikiran barat kesepatan yang benar lagi lurus serta bersatu mencerminkan agama Islam sendiri.

3. Kegagalan gerakan-gerakan jihad untuk mencapai kemenangan

"sesungguhnya gerakan-gerakan jihad yang muncul di dalam negara-negara Islam untuk menggulingkan kerajaan sekular yang tidak beragama telah nyata kelemahannya. jelas kegagalannya serta ia dengan cepat telah dihancurkn oleh kerajaan sehingga mereka tidak dapat meneruskan perjuangan lagi.

4. Berhujah denga nas-nas yang menyeru ke arah mengasingkan diri.

Orang-orang yang putus asa berkata: sesungguhnya Rasulullah S.A.W  menyuruh kita supaya mengasingkan diri dan mementingkan diri sendiri serta memperbaikinya di zaman dimana berlaku fitnah, banyak pembunuhan dan menangkan akal dan hawa nafsu,

Kewujudan jemaah yang terbesar di negara Arab dan Islam ini tidak menghalang wujudnya jemaah-jemaah lain yang mempunyai pengkhususannya yang tersendiri di dalam pendidikan, tarbiah dan dakwah.

Antara ajaran Rasulullah S.A.W kepada generasi sepanjang zaman dan setiap tempat ialah bahawa cubaan dan seksaan serta tekanan di jalan Allah merupakan sunnah para nabi-nabi dan orang-orang salih dan jalan para pendakwah Islam.

Cubaan akan berterusan kepada seorang hamba sehingga dia berjalan ke atas muka bumi dan tidak akan tinngal lagi kesalahan padanya.

Orang-orang yang hebat dalam dakwah Islam sudah mengetahui hakikat agama yang mewajibkan bekerja untuk Islam dan bersabar di atas cubaan serta dugaan terus menyampaikan dakwah kepada Allah.

 Garis Panduan Islam 

Pelbagai kaedah disampaikan untuk mengembangkan Islam, salah satunya dengan cara mewujudkan blog yang berbentuk Islamic iaitu menyampaikan dakwah dengan cara penggunaan internet yang serba canggih ini. Penyampaian ini adalah boleh diterima umum tidak khusus kepada para pelajar semata.

Oleh itu, cara ini juga mampunyai cabarannya tersendiri, kerana anak mudi sekarang lebih cenderung untuk melayari blog yang berunsur hiburan dan layari laman sosial semata. marilah sama-sama kita membawa perubahan untuk untuk terus mengejar serta berlumba dalam malakukan amal kebaikan.

Cabaran Keruntuhan Akhlak

Wahai pemuda-pemudi Islam cabaran-cabaran keruntuhan dan kerosakan akhlak yang dihadapi oleh generasi Islam pada hari ini, Kita sendiri telah melihat bahawa ia adalah bermacam-macam bentuk, diantaranya ada yang berbentuk asing, sebaran am dan undang-undang.



Saya ingin menyentuh sedikit tentang beberapa penyesaian positif terhadap lima cabaran ini,
semoga ia manjadi pembantu kepada pengislahan yang anda lakukan, menetapkan keyakinanmu, memelihara akhlakmu, panduan di setiap langkahmu, menguatkan keperibadian dan petunjuk bagi jalan dakwahmu, Allah sebagai tempat meminta pertolongan dan kepada Nyalah kita bertawakal.

(Pertama)
Tidak ada keraguan bahawa perkahwinan yang disyariatkan oleh Islam kepada pemuda Islam pada tahap umur muda mereka merupakan sebaik-baik jaminan untuk memelihara kehormatan mereka. Ini adalah kerana saranan yang telah diajukan oleh Rasulullah S.A.W kepada pemuda umat ini sebagaimana yang diriwayatkan oleh Rasulullah..

Maksudnya:"wahai para pemuda! barangsiapa dari kalangan kamu yang berupaya untuk berkahwin kerana ia adalah lebih memelihara pandangan dan manjaga kemaluan"

Perkahwinan merupakan faktor pengislahan yang paling kuat yang dapat menyelamatkan pemuda daripada cabaran keruntuhan yag mereka hadapi dan kerosakan akhlak mengelilingi mereka. Ini adalah kerana perkahwinan menyahut tuntutan fitnah dan memenuhi kehendak syahwat yanga ada pada pemuda serta menjadikan sebagai insan yang mempunyai keperibadian yang unggul, seimbang, tidak condong bersama tiupan angin fitnah dan tidak condong berhadapan dengan cabaran-cabaran keruntuhan yang lain.

Al-Quran telah menyeru pemuda yang berada dalam keadaan begini supaya menjauhkan diri dari perkara-perkara yang haram dan menjaga kehormatan.

Firman Allah:

Maksunya:

"Dan orang yang tidak mempunyai kemampuan  berkahwin hendaklah mereka menjaga kehormatannya sehingga Allah memberikan kepada mereka dengan limpah kurnia-Nya sebab-sebab perkahwinan." surah (An-Nur: ayat 32)

Akan tetapi apakah garis panduan yang menjadikan pemuda sebagai yang menjaga kehormatan, jauh daripada keruntuhan  dan bersih daripada kejahatan?

(Kedua)
selalu berpuasa sunat, ini membenarkan sabda Rasulullah S.A.W yang telah meriwayatkan:

Maksudnya: "wahai para pemuda! barangsiapa dari kalangan kamu yang berupaya berkahwin hendaklah dia berkahwin, sesungguhnya ia lebih memelihara pandangan dan menjaga kemaluan, sesiapa yang tidak berupaya maka hendaklah dia berpuasa kerana puasa iti merupakan benteng kepadanya (iaitu mengawal syahwat)"

Hikmah daripada ibadah puasa ini akan terhasil dengan dua perkara:
1. Mendalamkan muraqabah terhadap Allah sama ada di tempat terang atau tersembunyi.
2. mengurangkan bagi pemuda kekuatan syahwat dan gelora keinginan.

(Ketiga)
Menjauhkan diri daripada perkara-perkara yang boleh meransang syahwat.

Maksudnya:

"sesiapa yang terjatuh (malakukan) perkara subahat maka dia telah terjatuh kedalam perkara yang haram, ketahui bahawa setiap pengembala ada kawasan larangannya dan kawasan larangan Allah adalah perkara-perkara yang diharamkan-Nya.

(Keempat)
Memenuhi masa kosong dengan perkara-perkara yang bermanfaat.

kerana sabda Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh Muslim:

Maksudnya: "Peliharalah perkara yang memberikan manfaat kepada kamu dan pohonlah pertolongan kepada Allah serta jangan kamu merasa lemah"

diceritakan bagaimana Islam menyelesaikan masalah dorongan hawa nafsu dalam diri manusia, Apabila seorang pemuda bersendirian pada masa kosongnya, maka dia akan mengelamun dengan berbagai impian dan khayalan seks yang bergelora, syahwatnya bangkit disebabkan impian dan khayalan ini, Boleh jadi dia akan terjatuh kedalam perkara yang dilarang oleh syarak hasil daripada apa yang terlintas di dalam jiwanya.

Cara untuk mengelak daripada semua ialah pemuda hendaklah mengetahui bagaimana cara memenuhi cara memenuhi masa lapangnya? Banyakkan lah medan serta kegiatan untuk memnuhi masa lapang! sama ada dengan bersukan yang boleh menguatkan tubuh badan, bersiar-siar menenangkan jiwa, mengulangkaji pelajaran yang dapat melengkapkan lagi pengetahuan, membuat kerja-kerja kraftangan yang boleh mengasah bakatnya, menghadiri pengajian agama yang boleh malatih akalnya, malakukan latihan memanah, berenang, menunggang kuda yang boleh memantapkan dirinya.

(Kelima)
Bersahabat dengan orang yang salih.Kerana sabda Rsulullah S.A.W yang meriwayatkan oleh tarmizi: Maksudnya: "Jangan kamu bersahabat kecuali dengan orang yang beriman dan jangan memakan makanan kamu kecuali oleh orang yang bertakwa."

Apabila pemuda itu bersahabat dengan orang yang salih, bertakwa dan istiqamah dalam kebenaran, dia akan dapat mengambil daripada segala kebaikan yang memberi manfaat kepadanya di dunia dan akhirat, Apabila bersahabat dengan orang yang fasik dan melakukan maksiat, dia akan dapat mengutib daripada mereka segala kejahatan yang memberi mudarat kepada agama, dunia dan akhiratnya. Inilah penekanan oleh Rasulullah S.A.W dalam hadis yang meriwayatkan oleh tarmizi.

Cabaran Media Massa

Telah diyakini bahawa media massa pada hari ini, sekiranya digunakan untuk kejahatan, maka ia dianggap sebagai perantaraan terkuat di dalam merosakkan masyarakat, memesongkan pemuda, menyelewengkan umat Islam, membebaskan wanita daripada ikatan akhlak dan memuliakan agama, ini disebabkan media massa mampu berbicara kepada berjuta-juta orang malalui program dan rancangan-rancangannya bahkan lebih ramai lagi. kebanyakan mereka mempuyai   

kepentingan dan keinginan yang mudah terpengaruh dengan perkataan-perkataan yang dibaca dan juga yang dilihat.

sekiranya perkataan itu baik maka ia adalah seperti pokok yang baik di mana akarnya teguh mencengkam bumi dan cabangnya mencapai langit lalu menghasilkan pada setiap masa dengan izin Tuhannya, sekiranya perkataan itu jahat, maka ia adalah seperti pokok yang tidak baik yang mencabut daripada bumi tidak mempuyai pendirian yang teguh.


Kesempurnaan Insan

Allah menegaskan kejadian adalah seindah kejadian iaitu keindahan yang dikehendaki adalah keindahan dalam kedua-dua unsurnya iaitu jasmani dan rohani, bentuk lahir atau jasmani mamang indah dan sempurna, bentuk keindahan ini secara lansung adalah daripada ciptaan Allah.

keindahan dalam bentuk lahirnya yang diistilahkan oleh al-Quran iti belum menepati keindahan dan kesempurnaan insan seperti yang dikehendaki oleh Allah maha penciptanya, keindahan dan kesempurnaan insan memerlukan juga kepada pembenukan keindahan rohani yang diistilahkan oleh al-Quran dengan al-kalaq.
al-kalaq merupakan keindahan al-khuluq supaya ia benar menepati dengan fi ahsani taqwim iaitu dalam sebaik-baik kejadian al-khuluq dan keindahan rohani maka manusia akan jatuh ke taraf paling rendah daripada segala yang rebdah.

Allah Menurunkan Agama Islam

Sekiranya Allah tidak menurunkan agama, sudah tentu manusia sesat kerana fikiran dan pengalaman manusia terbatas. Manusia yang mempunyai kemampuan bagi memahami erti kehidupan, matlamat hidup, cara terbaik untuk hidup, persoalan ketuhanan, persoalan kehidupan selepas mati perkara-perkara ghaib seperti malaikat. shurga dan neraka, pembalasan amal dan sebagainya.

blog saya sedikit sebanyak mengupas dengan lebih terperinci iaitu aspek pengembangan ilmu berkaitan pandangan Islam terus maju dan cemerlang.

Saya berusaha dengan memastikan dasar-dasar ajaran Islam diperjelaskan secara komprehentif di dalam blog saya ini, termasukl rukun iman yang merupakan perkara paling asas bagi seorang Muslim, jangan sekalip-sekala kita memandang ringan kepentingan rukun iman ini kerana berupaya menjulang seorang manusia tinggi ke langit mengatasi kemulian Malaikat yang tidak pernah melakukan dosa.

kEinDahaN & kEsmpuRnaaN InSan

Salam perkenalan untuk semua pembaca yang dirahmati Allah.. Salam sejahtera saya ucapkan serta salam mukadimah permula kata, Terima kasih kerana melayari blog saya, sokongan anda semua sebagai inspirasi cetusan idea serta pemberi semangat kepada seorang pendakwah masa kini.

Manusia memerlukan agama. Manusia dan agama ibarat irama dan lagu, jasad dan roh. kedua-dua tidak dapat dipisahkan, sejak dulu hingga kini. Walau di mana manusia berada pasti memerlukan agama. mengapa? agama adalah fitrah dan tabiat semula jadi yang tidak dapat dipisahkan daripada kehidupan manusia.

Antara manusia yang memilih untuk tidak beragama cuba malawan fitrah, kesannya jiwa mereka kosong. hidup mereka tiada pedoman, panduan serta hala tuju yang benar.

Allah S.W.T telah menurunkan agama kepada manusia untuk dijadikan panduan dan pedoman dalam perjalanan hidup manusia di dunia yang sementara ini sebelum ke dunia yang kekal abadi.
There was an error in this gadget