Manusia yang menjadi khalifah Allah di bumi mesti hidup menurut hukum-hakam yang ditetapkan Allah demi keselamatan baik di dunia dan Akhirat.
manusia dijadikan Allah terdiri kepada dua unsur iaitu unsur jasmani dan rohani. dalam tubuh manusia terdapat dua perkataan:-
1. Tenaga yang membina yang tunduk di bawah pengendalian akal yang waras yang boleh membezakan antara yang baik dan buruk, betul dan salah. tenaga ini boleh mengarahkan kepada kebijaksanaan dan keadilan, persamaan, kasih sayang, tolong-menolong dan sebagainya.
2. Tenaga yang merosak yang tunduk di bawah runtutan nafsu, naluri yang liar, sesat, tamak, angkuh, hasad dengki, bangga, suka menumpahkan data, melakukan fitnah dan sebagainya yang membawa keburukan dan kehancuran masyarakat dan negara.
Keistimewaan manusia punyai dua pilihan iaitu ingin memilih unsur 1 atau 2..
Seperti sepakatan para ulama mengatakan mujahadah itu pahit serta memperoleh Manisan dari syurga Allah, huraian adalah jika seorang hamba sentiasa malakukan amal kebaikan, taat perintah Allah S.W.T , ikhlas atas perbuatan ibadah, malawan nafsu yang didorong oleh syaitan maka syurga adalah tempat hamba yang Allah sayangi.
Manakala jika seorang yang suka menbuat onar atas muka bumi, mengikut nafsu semata, tidak hiraukan perintah Allah, Sudah tentu pintu neraka terbuka luas memanggilnya. kecuali sebelum saat kematian dia malakukan taubat kerana menyesal atas perbutan lalu. kerana Allah Maha pengampun atas segalanya. Subhanallah.
Hikmah Allah kekalkan jasad Firaun Laknatullah
11 years ago