kEinDahaN & kEsmpuRnaaN InSan

Salam perkenalan untuk semua pembaca yang dirahmati Allah.. Salam sejahtera saya ucapkan serta salam mukadimah permula kata, Terima kasih kerana melayari blog saya, sokongan anda semua sebagai inspirasi cetusan idea serta pemberi semangat kepada seorang pendakwah masa kini.

Manusia memerlukan agama. Manusia dan agama ibarat irama dan lagu, jasad dan roh. kedua-dua tidak dapat dipisahkan, sejak dulu hingga kini. Walau di mana manusia berada pasti memerlukan agama. mengapa? agama adalah fitrah dan tabiat semula jadi yang tidak dapat dipisahkan daripada kehidupan manusia.

Antara manusia yang memilih untuk tidak beragama cuba malawan fitrah, kesannya jiwa mereka kosong. hidup mereka tiada pedoman, panduan serta hala tuju yang benar.

Allah S.W.T telah menurunkan agama kepada manusia untuk dijadikan panduan dan pedoman dalam perjalanan hidup manusia di dunia yang sementara ini sebelum ke dunia yang kekal abadi.