Islam memberitahu ia hidup(kehidupan) kemudian setelah mati maka sudahlah difikirkan dari sekarang. bekalan yang akan dibawa bersama untuk hari esok.
Islam mendidik manusia supaya setiap yang hidup mengetahui dan memahami ungkapan berterima kasih bersyukur atas limpahan rahmat dan kurniaan Allah yang tidak terhingga banyaknya, sehingga hidup penuh kebangkitan kepada Allah. maka dengan demikian jiwa dan menjadi aman dan sejahtera.
Islam mendidik supaya masing-masing mempunyai budi pekerti yang luhur atau akhlak yang baik, iaitu hormat-menghormati dan tolong-menolong antara satu sama lain dalam usaha
mencari kebajikan bersama.
Islam mendidik manusia supaya berani menegakkan kebenaran, kebaikan, keadilan serta takut untuk melakukan kesalahan atau pelanggaran hukum-hukum sama ada terhadap hukum Allah yang Maha Esa dan Nabi dan seterusnya terhadap negara dan sesama makhuk.
Islam mengajar manusia supaya menegakkan dan memperjuangkan keadilan di mana-mana sahaja, keadilan yang dituntut itu adalah keadilan makhluk baik dalam kalangan kaum Muslimin dan di antara kaum Muslim dengan orang-orang kafir.
Sesiapa yang mempelajari dan mengkaji Quran dan Ilmu-ilmu Islam yang lain pasti ia akan dapati pangajaran yang dibawa oleh Islam sempurna dan sangat unik. kata-kata Allah dalam Quran surah al-Baqarah ayat 143.
Maksudnya:- dan demikianlah(sebagaimana kami memimpin kamu ke jalan yang lurus) kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang pilikan lagi adil supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasul Allah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu.
Sumber: Ada apa dengan Islam, terbitan 2007, dikarang oleh Dato Dr.Harun Din 2007, Perpustakaan Negara Malaysia, diterbitkan PTS melenium sdn.bhd
pencetak Zafar sdn.bhd
Hikmah Allah kekalkan jasad Firaun Laknatullah
11 years ago