Al-Maidah ayat 8.
Maksudnya:- Dan janganlah sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa.
Islam mengajarkan agar mengikutnya supaya bersikap sederhana dalam soal-soal kehidupan dan jangan melampui batas dan jangan tenggelam di dalam kehidupan sebab kemewahan yang berlebihan boleh membawa kepada keruntuhan. Allah menjelaskan dalam surah
al-Israk ayat 16
Maksudnya
"Dan apabila sampai tempoh hendak membinasakan penduduk sesebuah negeri, kami pemerintahkan (lebih dahulu) orang-orang yamg melampau-lampau dengan kemewahan di antara mereka (supaya taat) lalu mereka menderhaka dab malakukan maksiat kepadanya. maka berhaklah negeri itu dibinasakan, lalu kami hancur-sehancurnya"
Islam mengajar di dalam makan minum dan sebagainya.Allah menjelaskan dalam surah al-Raf ayat 31.
wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadah (atau mengerjakan sembahyang) dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau-lampau: seseungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas.
Islam mengajarkan semangat bertanggungjawab kepada tiap-tiap orang sama ada ketua negara, pemimpin-pemimpin, ketua-ketua keluarga, Isteri dan lain-lain.
Nabi Muhammad pernah berkata: "Tiap seorang daripada kamu adalah pengawal dan tiap-tiap kamu adalah bertanggungjawab terhadap kawalanya, raja adalah pengawal, seorang lelaki adalah pengawal terhadap ahli keluarganya dan perempuan adalah pengawal terhadap rumah suaminya dan anak-anaknya,
maka tiap-tiap kamu adalah pengawal dan tiap-tiap kamu adalah bertanggungjawab terhadap kawalannya.". (
(hadis Bukhari, Muslim, Tarmizi dan Ahmad)
Islam mengajarkan setiap Muslim supaya menjadi pandai, bijak dan beramal. Allah menjelaskan dalam surah al-Mujadalah, ayat 11.
Maksudnya: Supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan Allah meninggikan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dan kalangan kamu) beberapa darjat.
Nabi Muhammad berkata bermaksud:-
"sesiapa yang berkehendakkan dunia handaklah ia mempunyai ilmu, barangsiapa yang berkehendakkan akhirat hendaklah ia memilki ilmu, barang siapa yang berkehendakkan kedua-duanya sekali hendaklah ia mempunyai ilmu"(Direkodkan oleh ahli sunan)
Maka kedua-duanya diketahui ilmu adalah penting untuk mencapai kejayaan dunia dan akhirat, marilah sama-sama kita timba ilmu sambil melakukan amal kebaikan. Timba ilmu tidaklah khusus hanya kanak-kanak serta remaja sahaja malah ilmu dapat dicari oleh semua golongan tidak mengenal usia.. di mana ada kemahuan di situ ada jalan. insyaALLAH..
Hikmah Allah kekalkan jasad Firaun Laknatullah
11 years ago