Di Madinah, ada seorang lelaki yang mempunyai adik perempuan yang sedang sakit, Lelaki itu pulang ke kampung apabila diberitahu mengenai adik perempuannya yang sedang sakit kuat, Lelaki itu tinggal di kampungnya sehingga adiknya meninggal dunia.
Selepas selesai mengebumikan adiknya, dia pun pulang ke rumah. Tiba-tiba, lelaki itu teringat beg duitnya tertinggal di dalam kubur adiknya, Kawannya segera menggali kubur itu.
Lelaki itu pun bertanya kepada kawannya, "Bagaimanakah keadaan adikku di dalam kubur itu?
Kawannya pun menggali lubang kubur itu. Tiba-tiba, mereka melihat ada api menyala keluar dari lubang itu. Kawan lelaki itu, segera menutup lubang kubur itu. Lelaki itu pun segera pulang ke rumah dan bertemu dengan ibunya.
Lelaki itu bertanya kepada ibunya, "wahai ibuku, bolehkah ibu menceritakan ceritakan perbuatan yang tidak baik yang sudah adikku lakukan?"
Ibunya berkata, Adikmu itu suka pergi ke rumah jiran dan menceritakan keburukan orang lain, Dia suka menyebarkan fitnah."
BERKAT SELAWAT
Pada suatu hari, seorang wanita datang menemui Hasan Basri bagi meminta pandangan berkenaan masalahnya, wanita itu berkata kepada Hasan, "saya mempunyai anak gadis tetapi sudah meninggal dunia, Saya berharap dapat bermimpi berjumpa dengannya, bolehkah tuan mengajarkan saya cara yang dapat membuatkan saya bermimpi berjumpa dengan anak saya?
Apabila mendengar permintaan wanita itu, Hasan mengajar wanita itu, cara-caranya, wanita itu pulang ke rumah dan pada malam itu dia bermimpi melihat anak gadisnya, anaknya memakai pakaian yang buruk. Dia melihat ada seutas rantai yang melilit lehernya, begitu juga dengan kaki anaknya diikat.
Pada keesokkan hari, wanita itu pergi bertemu dengan Hasan, dengan rasa sedih, wanita itu menceritakan mimpinya.
Selang beberapa hari, Hasan pula bermimpi bertemu dengan anak gadis itu di syurga. Hasan melihat gadis itu memakai mahkota. Apabila gadis itu ternampak Hasan lalu berkata,"Wahai Hasan, sayalah anak gadis kepada wanita yang datang berjumpa denganmu. Tidakkah kamu mengenali saya?"
Hasan bertanya kepada gadis itu,"Apakah yang menyebabkan kamu berubah seperti ini?"
Gadis itu pun menjawab."Ada seorang lelaki berjalan di hadapan kami. Dia membaca selawat kepada Nabi Muhammad, sedangkan pada masa itu, ada 550 orang yang sedang diseksa. kemudian, terdengar suara yang berkata, Tariklah seksaan daripada mereka ini atas berkat selawat yang dibaca oleh lelaki itu.'
Itulah berkat selawat atau kata puji-pujian terhadap Nabi Muhammad, Orang yang menyebut nama Nabi Muhammad mendapat laluan mudah pada hari kiamat.
BALASAN ORANG YANG KEDEKUT
Di sebuah kampung, ada sepasang suami isteri yang hidup senang, pada suatu hari, isterinya memasak lauk pauk yang begitu enak bagi makan tengah hari, lelaki itu tidak sabar bagi menikmati hidangan yang terdapat di atas meja. lauk yang paling membuatnya tidak sabar untuk dimakan adalah ayam panggang, sedang mereka menikmati makanan itu, tiba-tiba pintu diketuk orang, mereka medengar suatu merayu-rayu dan berkata, "tolonglah saya, tuan. saya miskin yang tidak mempunyai apa-apa untuk dimakan."
Lelaki itu membuka pintu dan melihat seorang peminta sedekah, lelaki itu mengherdik dan menghina peminta sedekah itu dan menghalaunya dari rumahnya. Dengan muka yang sedih, peminta sedekah itu meninggalkan rumah itu,
Ditakdirkan Allah, selang beberapa hati, lelaki yang sombong itu jatuh miskin dan hidup melarat secara tiba-tiba segala kekayaan lenyap begitu sahaja, oleh kerana tidak tahan menanggung masalah itu, lelaki sombong itu menceraikan isterinya.
kemudian lelaki itu menjadi peminta sedekah dan mengharapkan belas kasihan daripada orang ramai bagi memberi makan.
Isteri yang diceraikan itu berkahwin dengan orang lain, pada suatu hari, wanita itu memasak makanan untuk suami barunya. Mereka makan tengah hari bersama dengan hidangan yang enak dan lazat iaitu ayam panggang, sedang menikmati makanan, pintu rumah mereka diketuk orang. orang yang berada di luar pintu rumah mereka berkata, "tuan rumah, tolonglah saya. saya pengembara yang miskin, Berikanlah saya sedikit makanan".
Apabila mendengar rayuan daripada lelaki yang berada di luar rumah itu, suami baru wanita itu yang baik hati berkata kepada isterinya,"Berikan ayam panggang ini kepada lelaki yang berada di luar sana."
Wanita itu kemudiannya membuka pintu dan melihat peminta sedekah yang berdiri di hadapan pintu rumahnya. Wanita itu merenung wajah peminta sedekah itu, dia mengenali lelaki itu yang merupakan bekas suaminya. Wanita itu memberikan ayam panggang itu, lalu peminta sedekah itu pun pergi.
Wanita itu masuk ke dalam rumah dan menyambung makan bersama dengan suaminya. suaminya bertanyakan berkenaan peminta sedekah itu, wanita itu pun berkata, peminta sedekah itu adalah bekas suaminya yang suatu masa dahulu pernah menghina dan menghalau peminta sedekah yang datang ke rumah mereka suatu ketika dahulu.
Suami baru wanita itu terdiam dan kemudian berkata, "demi Allah, sayalah peminta sedekah yang kamu maksudkan itu, Wanita itu terkejut apabila mendengar mengakuan suami barunya itu, dan bersyukur kerana diberi jodoh yang baik.
PENJUAL KAIN YANG HARUM
Ada seorang pemuda yang bekerja sebagai penjual kain. dia membawa kain-kain dan menjualnya dari rumah ke rumah. Pemuda itu mempunyai perwatakan yang menarik perhatian(hansome). Tubuhnya sasa dan tinggi seperti atlit, tegap, dan berwajah kacak. Setiap wanita yang bertemu dengan pemuda ini pasti tertarik hati, itu adalah anugerah daripada Allah yang diberikan kelebihan kepada pemuda itu.
Pada suatu hari, seperti biasa pemuda itu keluar dari rumahnya bagi menjual kain, dia pergi dari rumah ke rumah, tiba-tiba, seorang wanita memangilnya, pemuda itu menuju ke rumah wanita itu, dia berasa gembira kerana memikirkan wanita itu mungkin membeli kain-kainnya, wanita itu tersenyum melihat pemuda itu datang ke rumahnya.
Lalu wanita itu berkata, "saya memanggil saudara bukan kerana mahu membeli kain, sebenarnya, saya sudah jatuh cinta kepada saudara, sekarang ini tiada siapa dalam rumah, marilah masuk ke dalam"
wanita itu merayu kepada wanita itu bagi melakukan perbuatan tidak baik, tetapi pemuda itu berkata, "wahai wanita, ingatlah saudari kepada Allah. melakukan perbuatan terkutuk itu adalah dosa besar."
Namun, wanita itu tidak mempedulikan peringatan itu, dia tetap merayu supaya pemuda itu, malah, dia semakin berani dan terus mendesak pemuda tersebut. Apabila melihat pemuda itu masih tetap pendirian dan menolak hajatnya, wanita itu terus mengugut pemuda itu, katanya "jika kamu tidak mahu memenuhi kemahuan saya, saya akan menjerit dan mengatakan kepada orang ramai yang kamu hendak mencabul kehormatan saya. Saya yakin mereka akan percaya kerana kamu sudah pun masuk memasuki rumah saya".
Melihat sikap wanita itu yang melampau, pemuda itu bertanya, "sebelum malakukan apa-apa, bolehkah saudari izinkan saya ke bilik air kerana saya hendak mandi?".
Wanita itu berasa gembira dengan pertanyaan itu, Dia yakin hasratnya akan dikabulkan oleh pemuda itu, Wanita itu dengan segera menjawab, "boleh sahaja, wahai kekasihku, wahai jantung pujaan hatiku. Inilah saat yang saya nantikan."
Pemuda iti masuk ke dalam bilik air, hatinya bergetar kencang dan takut kerana bimbang akan melakukan maksiat yang dilarang, wanita adalah salah satu fitnah daripada syaitan. lelaki tidak boleh berdua-duaan dengan wanita tanpa ikatan kerana yang ketiga adalah syaitan,.
Pemuda itu berbisik kepada dirinya, "ya Allah, apakah yang perlu saya lakukan pada masa ini? berikan petunjukmu ya Allah
Tiba-tiba pemuda itu berkata dalam hatinya, "saya yakin saya termasuk dalam golongan hamba Allah yang dilindungi, saya perlu mengatakan tidak pada ajakan wanita itu kerana saya takut kepada Allah, jika saya berzina dengan wanita itu, sudah tentu Allah menarik nikmat iman daripada saya, Saya tidak mahu perkara itu berlaku, apakah yang patut saya lakukan?"
Kemudian, setelah lama berfikir, pemuda itu mendapat idea bagi mengelakkan dirinya dari wanita itu. Tidak ada jalan lain selain malumurkn badannya dengan kotoran najisnya sendiri. Dia berharap dengan kotoran najisnya sendiri, dia berharap wanita itu berasa jijik apabila keadaan dirinya.
Selepas selesai malumurkan badannya dengan kotoran najis sehingga mahu muntah, dia pun keluar dari bilik air, Sebaik wanita itu nampak pemuda itu keluar dari bilik air, wanita itu menjerit, orang gila, keluar kamu dari rumah aku ini!" tanpa berlengah lagi, pemuda itu segera mengambil barang-barangnya dan keluar dari rumah wanita itu, Dalam perjalanan pulang ke rumah, orang ramai melihatnya dan mentertawakannya, pemuda itu berasa lega dan terus membersihkan dirinya.
Pemuda itu mempunyai iman yang kuat itu, disayangi Allah. Sebaik sahaja membersihkan diri, pemuda itu meninggal dunia, tetapi Allah memberikan anugerah yang hebat daripada dunia, daripada badan pemuda itu, badannya mengeluarkan haruman kasturi. Bauan kasturi itu dapat dihidu dari jarak yang jauh, badannya yang sebelum ini busuk lumuran kotoran najis digantikan Allah dengan haruman kasturi, pemuda itu digelar si kasturi.
ANAK SEDANG TIDUR
Perkahwinan Ummu Sulaim dengan Abu Talhah bahagia dan mereka dianugerahkan anak lelaki yang bernama Abdullah. Pada suatu hari, anaknya itu ditimpa sakit, hari demi hari, anaknya itu semakin tenat, akhirnya anaknya menghembuskan nafas terakhir, paling menyedihkan, suaminya Abu Talhah tiada di rumah, Dia pergi ke luar kota atas urusan sesuatu.
Ummu Sulaim mengambil keputusan memandikan mayat anaknya itu, mandi serta menguruskan jenazah anaknya dengan baik dan membaringkan anaknya di tempat tidur. Anaknya kelihatan seperti seorang sedang tidur lena.
Pada malam itu, Abu Talhah pulang. Ummu Sulaim menyambut kepulangan suaminya dengan wajah ceria dan mesra seperti yang dilakukan setiap hari, Abu Talhah bertanyakan khabar anaknya yang sakit itu.Ummi Sulaim pun berkata, "anak kita kini lebih tenteram berbanding sebelum ini".
Abu Talhah berasa gembira dan menyangka anaknya kini sudah sembuh daripada penyakit. Ummu Sulaim menghidangkan makanan untuk suaminya. Abu Talhah makan dengan hati yang tenang, sementara itu, Ummu Sulaim mula mengemaskan dirinya dengan menyikat rambut, memakai pakaian cantik serta mengenakan semburan wangi ke tubuhnya, apabila selesai makan, Abu Talhah duduk di sisi isterinya dan tidur bersama.
Tidak lama kemudian, selepas berehat dan berbual-bual, tiba-tiba Ummi Sulaim mengajukan pertanyaan kepada suaminya, "wahai suamiku! saya ingin bertanya pendapatmu, Sekiranya kita ada membuat pinjaman daripada jiran kita, apakah patut kita kembalikan semula?"
Abu Talhah menjawabnya, "sudah tentu! Setiap yang dipinjam, kita mesti pulangkan kembali kepada tuannya."
Ummu Sulaim berkata lagi, "begitu jugalah terjadi pada anak kita, wahai suamiku! Dia adalah pinjaman bagi kita, lalu tuannya hendak mengambil kembali miliknya, iaitu Tuhan semua manusia."
Apabila mendengarya, barulah Abu Talhah fahami yang anaknya sudah meninggal dunia, dia hanya berserah kepada Allah, Abu Talhah pun keluar dari rumahnya dan menuju ke rumah Nabi Muhammad pun berdoakan bagi kedua suami isteri itu dengan katanya, "semoga Allah memberkati kamu berdua berdua pada malam itu!"
Sumber: Selembut Bicara, kisah mereka jadi inspirasi, buat teladan diri(menenang hati mengarap potensi) dikarang oleh Saripah Hamid, diterbitkan PTS Islamika, cetakan kedua 2008.
pengurus penerbitan Faris Hasbullah
dicetak oleh BS Print Sdn.Bhd